AFIQ DAH TAK GATAL LAGI, DULU ASYIK MENGARU SAMPAI BERDARAH, SEKARANG GATAL2 DAH TIADA

Ini kisah Afiq, pelajar tahun 1 di sekolah rendah Port Dickson mempunyai masalah kulit yang serius pada satu badan. Gatal2 yg dirasai oleh Afiq tak terhanan sehingga digarunya sampai berdarah, luka-luka baru dan yang baru pulih kelihatan jelas pada bahagian muka, tangan dan kaki.

Pada awal bulan Julai 18 yg lepas pihak sekolah telah menghubungi aura ungu samada kami boleh membantu masalah kulit Afiq. Mengikut kata pihak sekolah, sudah 3 tahun Afiq menghadapi masalah kulit dan semakin lama semakin teruk dan menbimbangkan. Macam-macam ubat telah dicuba malangnya tidak berkesan. Makanan2 yg boleh akibatkan gatal2 pun turut dielakkan.. pun tidak berkesan. Kekadang sampai menaggis-nanggis tidak tahan dan mahu terus pulang ke rumah. Kekadang baju sekolah Afiq ada saja kesan berdarah.

Pembelajaran Afiq pun turut terganggu. Kesian Afiq, bila suhu di kelas semakin panas Afiq akan mula rimas dan mengaru. Terpaksa pihak sekolah membawa Afiq ke bilik yg berkipas. Bayangkan hampir setiap hari perkara yang sama berlaku.

Afiq, dikalangan guru dikenali sebagai budak yg bijak dan patuh kepada arahan guru. Sayang… sebab Afiq budak yang berpotensi.

Setelah menerima maklumbalas dari pihak sekolah, aura ungu bersetuju membantu Afiq. Aura Ungu bukanlah pakar tentang masalah kulit tapi berdasarkan pengalaman menggunakan bahan2 herba untuk bantuan kulit serta feedback positif dari customer aura ungu, InSyaAllah aura ungu yakin  mampu membantu Afiq untuk sembuh seperti budak-budak lain. Rawatan adalah PERCUMA. Masa tu kami bercadang membuat 3 kali lawatan membantu Afiq. Pihak sekolah dan ibubapa Afiq telah pun mengizinkan kami membantu Afiq.

Setibanya kami di sekolah kami bertemu dengan Afiq ditemani guru dan kakak Afiq yg turut  bersekolah disitu.

LAWATAN PERTAMA

Pada 28/06/2018 kami menuju ke sekolah Afiq. Memang betul, keadaan Afiq sepertimana yang diceritakan oleh pihak sekolah. Semasa kami berjumpa Afiq, Afiq masih mengaru dan jelas luka kesan mengaru pada satu badan. Bila diperiksa kuku Afiq, ada kotoran hitam menunjukkan kesan luka itu memang kesan garuan.

Kami bekalkan krim badan, air bidara untuk mandian dan juga “specially formulated shower gel” untuk Afiq. Sebelum Afiq pakai kami pastikan ianya tidak memedihkan kulit Afiq dan Alhamdulillah ianya serasi dengan keadaan kulit Afiq. Selepas rawatan pertama kami perasan Afiq dan sudah kurang sangat mengaru. Afiq pun ada cakap.. “ Afiq dah tak gatal sangat”. Cikgu-cikgu yang terserempak dengan Afiq pun ada yang cakap..” Eh, Afiq dah tak mengaru-garu”.

 

LAWATAN KEDUA

5/7/2018. Alhamdulillah, kali ini pihak sekolah maklumbalas yang Afiq sudah ada perubahan, kulit Afiq pun sudah semakin pulih tetapi masih lagi mengaru sekiranya terkena cahaya matahari. So far Afiq kata kalau dia rasa gatal dia akan gunakan krim yang aura ungu bekalkan.  Semasa itu, kami fikir masalah Afiq masih tidak akan selesai sekiranya dia masih menggaru, bakteria masih akan mudah merebak pada satu badan, yang merisaukan bila terfikir kalau kotoran pada kuku Afiq termasuk dalam sistem badan. Dah satu masalah timbul, masalah dalaman. Tiba2 aura ungu mendapat satu idea, what if aura ungu gunakan teknik mid-brain/otak tengah supaya dapat alternatekan rasa mengaru kepada satu perbuatan lain yang lebih positif. So aura ungu cakap pada Afiq,

“ Afiq kalau Afiq nak baik, bila saja Afiq rasa nak menggaru atau rasa nak menggaru bila panas, Afiq ketuk/tap saja tulang selangka Afiq, pejam mata lepas tu zikir dalam hati dan doa pada Allah supaya Afiq sembuh macam budak2 lain. Rasa nak garu je Afiq buat macamtu, sebab dalam tulang Afiq ada ubat yang boleh bantu Afiq untuk cepat sembuh”

Alhamdulillah Afiq buat seperti yang dipesan dan terus Afiq cakap dia dah tak rasa gatal. Memang betul Afiq ni memang budak yang baik dan patuh.

LAWATAN KETIGA

12/7/2018. Ini lawatan terakhir kami dan setelah diberitahu oleh pihak sekolah Afiq sudah betul2 boleh focus dalam kelas. Sebelum kami sampai pun Afiq sudah menunggu kami, kata pihak sekolah Afiq asyik bertanya “Cikgu, bila uncle tu nak sampai?”… Adeh.. terharu pulak bila tahu… tapi kami cuba control emosi… kali ini just repeat balik apa yang kami buat pada lawatan kedua. Kami bekalkan juga air rebusan gelenggang untuk dibuat mandian. Aura Ungu nak betul-betul Afiq sembuh macam budak-budak lain.

TERKINI

 

 

 

Ini gambar Afiq yang terkini, Allah, syukurnya tengok keadaan Afiq sekarang. Semoga Afiq jadi budak yang cemerlang dan anak yang soleh. Aminn… Jom kita doakan Afiq, Al- Fatihah.

InSyaAllah semoga bermanafaat dan dijadikan iktibar. Kita wajib yakin setiap penyakit ada ubatnya.

Ada ke parents yang menghadapi masalah yang sama? Boleh whatsapp kami auraungu Ismail +0132023279