Polisi Maklumat Peribadi

Kami menitikberatkan kerahsiaan pelanggan kami dan hanya akan , mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi anda seperti yang digariskan di bawah ini.

Perlindungan data adalah suatu amanah dan kerahsiaan anda adalah perkara penting bagi kami. Justeru, kami hanya akan menggunakan nama anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan anda, dalam kaedah seperti yang digariskan dalam Polisi Maklumat Peribadi ini.

Kami hanya akan mendapatkan maklumat apabila perlu untuk kami berbuat demikian dan sekiranya ianya relevan untuk urusan kami dengan anda. Kami hanya akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan daripada segi undang-undang atau seperti yang relevan dengan tujuan pemerolehannya.

Anda boleh melawat Laman Web kami, www.auraungu.com dan melayarinya tanpa mengemukakan butiran peribadi anda. Semasa anda menlayarinya, anda kekal sebagai awanama dan kami tidak boleh mengesan anda kecuali jika anda telah mendaftar ketika pembelian ataupun sebagai stokis ataupun agen dengan kami di Laman Web kami dan log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.

Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, sila kemukakan ke aurarezekiungu@gmail.com

 

Koleksi Maklumat Peribadi

Aura Rezeki Ungu tidak menjual atau memperdagangkan maklumat peribadi pelanggan yang diperoleh secara atas talian kepada pihak ketiga.

Maklumat peribadi yang diperoleh secara atas talian hanya akan didedahkan dalam organisasi kami untuk tujuan yang mana ianya telah diperoleh sebagaimana yang telah dibenarkan dan dipersetujui oleh anda.

Maklumat tersebut ialah seperti:

Nama

Alamat Emel

Nombor Telefon

Nombor Telefon Bimbit

Alamat Surat Menyurat

Maklumat peribadi wajib yang kami perolehi daripada anda akan digunakan dan atau dikongsi dalam organisasi kami untuk sebahagian atau kesemua tujuan berikut:

Untuk penghantaran produk yang dibeli oleh anda daripada Laman Web kami. Sebagai contoh, kami boleh memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga seperti syarikat perkhidmatan kurier atau pembekal pilihan kami untuk membuat penghantaran produk kepada anda;

Untuk memaklumkan dan mengemas kini status penghantaran produk dan untuk tujuan sokongan pelanggan;

Untuk memproses pesanan dan menyediakan perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan melalui Laman Web kami dan sebagaimana yang dipohon;

Untuk membolehkan kami mentadbir akaun berdaftar anda dengan kami;

 

Pendedahan Maklumat Peribadi

Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan organisasi lain selain daripada organisasi kami dan pihak ketiga secara langsung untuk perkara yang berkaitan dengan penghantaran produk yang telah anda beli dan bagi tujuan yang telah anda beri kebenaran. Dalam keadaan yang dikecualikan, Aura Rezeki Ungu mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan pendedahan berkenaan untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau dikehendaki oleh undang-undang. Aura Rezeki Ungu komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 khususnya polisi serta garis panduan dan perintah yang sejajar dengannya.

Jika anda mendapati bahawa kerahsiaan anda telah dilanggar oleh Aura Rezeki Ungu, sila hubungi pihak kami dan kami akan menyelesaikan perkara ini.

 

Pemerolehan Data Komputer Yang Tidak Semestinya Maklumat Peribadi

Aura Rezeki Ungu atau pembekal perkhidmatan kami yang diberi kuasa mungkin menggunakan kuki (cookie), web beacon dan teknologi-teknologi yang serupa untuk menyimpan maklumat untuk memberi anda pengalaman lebih bermutu, pantas, selamat dan peribadi apabila anda menggunakan perkhidmatan kami dan/atau melawat Aura Rezeki Ungu.

Semasa anda melayari Laman Web auraungu.com, pelayan (server) syarikat kami akan merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar web (browser) secara automatik. Data ini mungkin termasuk:

Alamat IP komputer anda

Jenis pelayar web (browser)

Halaman yang anda kunjungi dalam Laman Web auraungu.com

Maklumat ini dikumpul untuk dianalisis dan dinilai bagi membantu kami meningkatkan mutu Laman Web serta perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Data ini tidak akan digunakan bersama mana-mana maklumat peribadi yang lain.

Lazada dan para penjual pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan kuki (cookie) pihak pertama (seperti kuki Google Analytics) dan kuki (cookie) pihak ketiga (seperti kuki DoubleClick) secara bersama untuk memaklumkan, mengoptimumkan dan menyediakan iklan berdasarkan lawatan lalu seseorang ke laman web anda dan di Internet.

Anda boleh menguruskan dan memadamkan kuki (cookie) di pelayar web atau tetapan peranti anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara berbuat demikian, sila rujuk bahan bantuan pelayar atau peranti anda.

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web atau sumber internet yang dimiliki atau dikendalikan oleh pihak ketiga. Apabila anda menekan butang kilik ke atas salah satu daripada pautan tersebut anda sedang menghubungi laman web atau sumber internet yang lain, justeru kami tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau liabiliti atau kawalan ke atas laman-laman web atau sumber-sumber internet tersebut atau pengumpulan, penggunaan atau apa jua cara pemprosesan data peribadi anda. Kemasukan laman-laman web pihak ketiga ke dalam laman web kami tidak dalam apa jua cara membentuk pengendorsan kandungan, tindakan atau polisi laman web tersebut.

 

Pindaan pada Polisi Kerahsiaan

Aura Rezeki Ungu berhak mengubahsuai dan meminda Polisi Kerahsiaan pada bila-bila masa. Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di Laman Web kami. Anda patut memeriksa Polisi ini setiap kali anda mengakses Laman Web kami agar anda dimaklumkan sepenuhnya oleh versi polisi terbaru yang terpakai.

 

Mengakses dan Mengemas kini Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di Laman Web auraungu.com.

 

Aduan Mengenai Pelanggaran Kerahsiaan

Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati dari anda terhadap cara kami mengendalikan pertanyaan atau aduan anda, sila hubungi pihak kami.